Tuesday 29 November 2016

8 TANDA KUCING MENYAYANGI KITA

1. Mengusap-usap (“menyeruduk”-kan) Keningnya ke Bagian Tubuh Kita
hal seperti ini sering ya dilakukan si kucing kepada kita? Lebih sering si kucing mengusapkan (kadang seperti menyeruduk) keningnya ke betis kita kan? Nah ternyata hal ini merupakan tahap awal si kucing dalam menyayangi seseorang atau pemeliharanya. Bahkan si kucing juga dapat menandakan hal ini sebagai pengingat kepada kita bahwa ia belum diberi makan atau diajak bermain hari ini.

2. Mengusap / Menempelkan Pipinya Kepada Kita
cats-affectionKita seringkali melihat kucing melakukan ini ke bagian ujung perabot di rumah kita seperti di hujung meja, hujung almari, hujung rak buku dan yang lainnya. Adakah kita tahu apa maksudnya? Ternyata itu merupakan tanda bahawa si kucing sedang menandakan kawasannya atau hak miliknya. Menurut seorang veterinarian Dr. Mary Becker si kucing seperti mengeluarkan minyak yang tidak terlihat oleh mata kasar kita. Jadi si kucing pasti pernah kan melakukan hal ini kepada kita? Itu sama saja menandakan bahawa kita adalah miliknya. 

3. Mengangkat Punggungnya dan Memainkannya
tailupSeperti pernah dijelaskan pada artikel sebelumnya bahwa punggung kucing adalah mood’s measurement atau pengukur suasana hati si kucing. Jika punggungnya menegang dan berdiri ke atas secara cepat (kaku) itu dapat menandakan bahawa si kucing sedang terkejut, ketakutan atau merasakan adanya musuh. Jika punggungnya turun, lemas dan seperti mengikuti arah gerak tubuhnya itu menandakan bahawa moodnya  baik dan si kucing merasa senang dengan sekelilingnya. Jadi, jika ia mengangkat punggungnya secara perlahan dan seperti memainkannya kepada kaki atau bagian lain dari tubuh kita itu menandakan bahwa ia merasa nyaman dan senang berada dekat kita.
4. Eye Contact dan Kedipan Perlahan Kepada Kita
7016569-cute-cat-eyes-wallpaperTernyata si kucing akan memberikan eye contact dan kerdipan mata yang perlahan kepada kita jika ia telah menganggap kita sahabatnya yang dapat ia percaya sepenuhnya. Kredipan perlahan dan agak sedikit lama disaat memejamkan mata menandakan bahawa si kucing juga merasa aman dan tidak takut dengan keadaan sekitarnya.
5. Suara Dengkuran (purring) Yang Mengeras
37-cat-purring-reason-is-425km071411Jangan takut apabila si kucing seperti berdengkur (purring) keras didekat kita ya! Justeru itu, hal ini merupakan tanda bahawa si kucing merasa tenang dan nyaman di dekat kita. Dengan memejamkan matanya ia juga suka berdengkur keras apabila situasi di sekitarnya nyaman, apatah lagi jika kita berada disamping mereka. Dalam hal ini bahkan harimau dan singa pun memiliki kebiasaan yang sama apabila merasa tenang dan nyaman dengan sesuatu atau keadaan di sekitar mereka.
6. Duduk atau Tertidur Selalu di Dekat Kita
HmhebtpYa sepertinya ini tidak perlu dijelaskan lebih dalam lagi ya. Secara jelas kita dapat menyedari bahwa si kucing menyayangi kita apabila ia duduk dan tertidur di dekat kita. Ya, itu kerana kita sudah dianggap pemilikannya sehingga ia tidak pernah membiarkan kita daripadanya bahkan ketika mereka tidur sekalipun.
               7. Memijak Bagian Tubuh Kita
maxresdefaultPijakan si kucing bukanlah pijakan yang dapat menghilangkan rasa lelah. Tetapi ini menandakan bahwa ia menyayangi kita. Beberapa ahli kucing menyatakan bahwa perlakuan in merupakan flashback yang terjadi pada si kucing. Perlakuan memijak ini seringkali dilakukan oleh kucing dewasa dan ini menandakan bahwa ia sedang bernostalgia dengan masa kecilnya yang sedang menyusu kepada ibunya.

8. Membawakan Hasil Buruan Mereka
cat-with-ratYa kadang si kucing suka berlarian keliling rumah dan meninggalkan atau bahkan membawakan kita tikus atau haiwan lainnya yang sudah mati akibat diburunya. Jangan merasa marah ya. Mungkin anda sedikit terganggu dengan hal ini bahkan tidak ingin menyentuh apa yang dibawa si kucing tadi, tetapi ini merupakan “hadiah” dari si kucing kepada majikan yang mengurusnya. Ia ingin membalas kebaikan kita dengan menggunakan instinct berburunya sehingga ia menghadiahkan kita tikus atau haiwannya.

Bersama ini saya sertakan sebuah video yang menunjukkan bahawa kucing tersebut ingin bermanja dengan kita atau menunjukkan rasa sayangnya terhadap kita.

10 MAKANAN PALING PANTANG UNTUK SI BULUS

Image result for sad cats pngAssalammualaikum dan selamat sejahtera. Haaaa kali ni saya ingin menceritakan tentang makanan yang korang tidak sepatutnya bagi pada kucing. Memang manusia boleh makan, tapi bagi kucing tak boleh sebab sistem pencernaan si bulus lain. Kesian kat kucing kalau tersalah bagi makan makanan semua ni. Silap2 kita akan kehilangan dia orang terus. Jadi di sini saya senaraikan antara 10 makanan yang tidak boleh dimakan oleh kucing. 


                                   BAWANG

Bawang dalam semua bentuk macam tepung, mentah, masak, atau kering - boleh memecahkan sel-sel darah merah kucing. Automatik kucing korang kena Anemia. Kalau kuantiti sikit2 tu buleh la. Tapi kalau dalam kuantiti yang banyak atau makan jumlah yang  kecil dengan kerap boleh menyebabkan keracunan bawang. 

SUSU
Kompem korang penah bagi susu kat kucing korangkan? Sebenarnye tak boleh sebarang susu. Ini adalah sebab sistem pencernaan deorang lain dari manusia. Deorang tak boleh proses susu yang ade lactose. Contoh susu ade lactose ialah susu lembu. Kalau susu kambing xper sebab die xde lactose. Kalau kat petshop pon korang kene cek betul2, sebab ade sesetengah susu yang dijual tu masih ade campuran lactose. Lagi selamat kalau guna susu kambing je

ALKOHOL
Beer, liquor, wine atau ape2 makanan/minuman yang ade alkohol. Ini adalah sebab efek die same macam kat manusia, boleh menjejaskan otak dan usus. Orang pon boleh jadi gile, inikan pulak kucing kan. Impact die teruk gak. Sebagai contoh, 2 sudu whisky boleh buat kucing seberat 2++KG koma. Pastu kalau tambah lagi satu jadi 3 sudu, kiokkk teros kucing korang.





ANGGUR/KISMIS
Ni selalu kita makan kan? Tapi telah terbukti anggur dan kismis boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang pada kucing. Kalau bagi sikit pon buleh buat kucing sakit. Muntah banyak2 kali dan hiperaktif adalah tanda-tanda awal. Ade jugak sesetengah kucing takk tunjuk kesan yang buruk , tapi yang terbaik adelah untuk tidak memberi kucing anda sebarang kismis/anggur.


KAFEIN
Kafein dalam kuantiti yang cukup besar boleh membawa maut untuk kucing korang. Pastu paling membimbangkan, xde ubat lak tu. Gejala keracunan kafein adelah seperti gelisah len macam, janjung die degup2 laju, gegaran otot dan sawan. Kafein ni bukan ade dalam kopi je. Die ade dekat minuman koko , coklat , coke. Minuman tambah tenaga macam Red Bull pon ade. 




COKLAT
Coklat boleh membawa maut untuk kucing. Deorang memang x makan sendiri, tapi boleh dipujuk untuk makan. Ejen toksik dalam coklat adalah theobromine.Mende alah ni ade dalam semua jenis coklat, walaupun coklat putih. Kalau kucing makan. nanti otomatikk boleh menyebabkan degup2 jantung yang tidak normal , gigil len macam , sawan dan kritikal skali bawak kepada kematian.



TELUR MENTAH
Takk kesah la telur ape pon, semuanya berbahaya. Ade dua masalah dengan memberi telur mentah kat kucing korang. Pertama adalah kemungkinan keracunan makanan daripada bakteria seperti Salmonella atau E. coli. Yang kedua lakk ialah  protein dalam putih telur mentah , yang dipanggil Avidin. Mende alah ni mengganggu penyerapan Biotin B Vitamin. Ini boleh menyebabkan masalah kulit dan juga masalah dengan bulu kucing korang.


HATI
Sedikit hati adalah OK, tetapi makan terlalu banyak hati boleh buat kucing korang keracunan vitamin A. Mende ni serius, yang boleh menjejaskan tulang kucing korang. Gejala  yang mungkin terjadi termasuk pertumbuhan tulang yang cacat, dan osteoporosis. Keracunan vitamin A jugak boleh menyebabkan kematian.



     
                                                                            DOUGH aka ROTI
Dough nih kan sifat die mengembang. Kalau kucing, deorang lambat proses. So die akan mengembang dalam perut deorang. Bile mengembang kaw2, ini akan mendatangkan masalah sebab perut tu akan meregang dan menyebabkan kesakitan yang teruk. Selain tu, ade yang dough dicampur alkohol, so kucing korang terdedah keracunan alkohol.






UBAT MANUSIA
Ni paling biasa berlaku kat masyarakat kita. Selalu konon bagi panadol untuk kucing demam, tengok2 bengkak abes kucing korang tu. Bahan-bahan seperti Acetaminophen atau Ibuprofen adalah mende biasa dalam ubat penahan sakit dan ubat sejuk. Terbukti buleh membawa maut untuk kucing korang.

Saturday 26 November 2016

KELEBIHAN MEMELIHARA KUCING

Image result for cute cats png hd


Kucing adalah haiwan yang cukup comel. Telatahnya yang nakal dan manja amat mencuit hati. Saya tidak boleh ingat sudah berapa ekor kucing yang pernah kami sekeluarga pelihara.Tahniah kepada anda peminat kucing! Anda telah mendapat pelbagai keistimewaan dengan menjaga haiwan ini. Berikut merupakan keistimewaan yang akan anda terima sekiranya anda memelihara bulus ini.



Related image1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung

Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular  daripada mereka yang mempunyai kucing.  Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah.


2. Meningkatkan fungsi  sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Membela  kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan  sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.
Image result for advantages of cats png hd

3. Mencegah Alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing .  Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan  berkembang.

4. Membantu mencegah asma pada anak

Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

5. Mengurangkan Tekanan Darah
Image result for cats png hdPercayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap  kucing dapat membantu  menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.
                             Image result for advantages of cats png hd

6. Menurunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke
Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

Related image8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Image result for cats png hd
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga  binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Image result for cats smile pngDalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

11. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.


Berikut merupakan video telatah kucing yang mencuit hati yang boleh membuat kita rasa terhibur