Tuesday 29 November 2016

10 MAKANAN PALING PANTANG UNTUK SI BULUS

Image result for sad cats pngAssalammualaikum dan selamat sejahtera. Haaaa kali ni saya ingin menceritakan tentang makanan yang korang tidak sepatutnya bagi pada kucing. Memang manusia boleh makan, tapi bagi kucing tak boleh sebab sistem pencernaan si bulus lain. Kesian kat kucing kalau tersalah bagi makan makanan semua ni. Silap2 kita akan kehilangan dia orang terus. Jadi di sini saya senaraikan antara 10 makanan yang tidak boleh dimakan oleh kucing. 


                                   BAWANG

Bawang dalam semua bentuk macam tepung, mentah, masak, atau kering - boleh memecahkan sel-sel darah merah kucing. Automatik kucing korang kena Anemia. Kalau kuantiti sikit2 tu buleh la. Tapi kalau dalam kuantiti yang banyak atau makan jumlah yang  kecil dengan kerap boleh menyebabkan keracunan bawang. 

SUSU
Kompem korang penah bagi susu kat kucing korangkan? Sebenarnye tak boleh sebarang susu. Ini adalah sebab sistem pencernaan deorang lain dari manusia. Deorang tak boleh proses susu yang ade lactose. Contoh susu ade lactose ialah susu lembu. Kalau susu kambing xper sebab die xde lactose. Kalau kat petshop pon korang kene cek betul2, sebab ade sesetengah susu yang dijual tu masih ade campuran lactose. Lagi selamat kalau guna susu kambing je

ALKOHOL
Beer, liquor, wine atau ape2 makanan/minuman yang ade alkohol. Ini adalah sebab efek die same macam kat manusia, boleh menjejaskan otak dan usus. Orang pon boleh jadi gile, inikan pulak kucing kan. Impact die teruk gak. Sebagai contoh, 2 sudu whisky boleh buat kucing seberat 2++KG koma. Pastu kalau tambah lagi satu jadi 3 sudu, kiokkk teros kucing korang.





ANGGUR/KISMIS
Ni selalu kita makan kan? Tapi telah terbukti anggur dan kismis boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang pada kucing. Kalau bagi sikit pon buleh buat kucing sakit. Muntah banyak2 kali dan hiperaktif adalah tanda-tanda awal. Ade jugak sesetengah kucing takk tunjuk kesan yang buruk , tapi yang terbaik adelah untuk tidak memberi kucing anda sebarang kismis/anggur.


KAFEIN
Kafein dalam kuantiti yang cukup besar boleh membawa maut untuk kucing korang. Pastu paling membimbangkan, xde ubat lak tu. Gejala keracunan kafein adelah seperti gelisah len macam, janjung die degup2 laju, gegaran otot dan sawan. Kafein ni bukan ade dalam kopi je. Die ade dekat minuman koko , coklat , coke. Minuman tambah tenaga macam Red Bull pon ade. 




COKLAT
Coklat boleh membawa maut untuk kucing. Deorang memang x makan sendiri, tapi boleh dipujuk untuk makan. Ejen toksik dalam coklat adalah theobromine.Mende alah ni ade dalam semua jenis coklat, walaupun coklat putih. Kalau kucing makan. nanti otomatikk boleh menyebabkan degup2 jantung yang tidak normal , gigil len macam , sawan dan kritikal skali bawak kepada kematian.



TELUR MENTAH
Takk kesah la telur ape pon, semuanya berbahaya. Ade dua masalah dengan memberi telur mentah kat kucing korang. Pertama adalah kemungkinan keracunan makanan daripada bakteria seperti Salmonella atau E. coli. Yang kedua lakk ialah  protein dalam putih telur mentah , yang dipanggil Avidin. Mende alah ni mengganggu penyerapan Biotin B Vitamin. Ini boleh menyebabkan masalah kulit dan juga masalah dengan bulu kucing korang.


HATI
Sedikit hati adalah OK, tetapi makan terlalu banyak hati boleh buat kucing korang keracunan vitamin A. Mende ni serius, yang boleh menjejaskan tulang kucing korang. Gejala  yang mungkin terjadi termasuk pertumbuhan tulang yang cacat, dan osteoporosis. Keracunan vitamin A jugak boleh menyebabkan kematian.



     
                                                                            DOUGH aka ROTI
Dough nih kan sifat die mengembang. Kalau kucing, deorang lambat proses. So die akan mengembang dalam perut deorang. Bile mengembang kaw2, ini akan mendatangkan masalah sebab perut tu akan meregang dan menyebabkan kesakitan yang teruk. Selain tu, ade yang dough dicampur alkohol, so kucing korang terdedah keracunan alkohol.






UBAT MANUSIA
Ni paling biasa berlaku kat masyarakat kita. Selalu konon bagi panadol untuk kucing demam, tengok2 bengkak abes kucing korang tu. Bahan-bahan seperti Acetaminophen atau Ibuprofen adalah mende biasa dalam ubat penahan sakit dan ubat sejuk. Terbukti buleh membawa maut untuk kucing korang.

2 comments:

  1. Tq utk maklumat ini. Saya sayang kucing saya!!

    ReplyDelete
  2. serius ar kucing tak boleh makan doh roti...huhuhuhuu... aku penah bagi dia makan roti canai siap habis setengah keping kut...ohhh tidakkkkkkkkk...

    ReplyDelete